Isu Panas

Tun M, dicadang jadi penasihat bersama

SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dicadangkan supaya menjadi penasihat bersama Pakatan Harapan.

Menurut Timbalan Presiden Parti Generasi Baru, Datuk Khairuddin Abu Hassan, ini kerana Mahathir dilihat akan dapat membantu meringankan bebanan tanggungjawab Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai banyak komitmen.

“Saya amat simpati dengan bebanan kerja Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sekian lama berjuang menerajui barisan pembangkang,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Ujarnya lagi, begitu juga dengan bebanan tanggungjawab yang sedang dipikul oleh Mahathir selaku pengerusi parti Bersatu yang berkempen hampir setiap malam.

“Kita harus memberi banyak ruang kepada Mahathir dan Wan Azizah untuk tumpu pada perancangan strategik kerja-kerja Pakatan Harapan,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairuddin berkata langkah ini amat penting kerana semua parti-parti politik pembangkang akan bertanding di bawah Pakatan Harapan secara satu lawan satu dengan menggunakan satu logo pada PRU14 kelak.

“Minda dan tenaga harus diberikan secara lebih kepada Pakatan Harapan agar menjaminkan kejayaan cemerlang barisan pembangkang pada PRU14 yang akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");