Jenayah

Tunggu Seminggu Atau Dua Minggu Lagi

Johor Bahru: Laporan penuh perubatan berhubung punca yang mengakibatkan kedua-dua kaki bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, terpaksa dipotong dijangka diperoleh antara satu atau dua minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai darah kanak-kanak itu dan status perubatan yang lain.

“Mungkin semua maklumat itu akan dapat kita perolehi dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi, kemudian baru kita akan maklumkan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ayub berkata, keadaan Mohamad Thaqif Amin masih kritikal dan belum sedarkan diri kerana diberi ubat.

“Semua sudah sedia maklum bahawa kedua-dua belah kakinya sudah dipotong dan dia masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana masih dalam pengambilan ubatan.

“Kita masih lagi melihat potensi masa depannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");