Membawang Hari Ini

UNIC Kembali Bergabung Untuk Konsert Amal

Kumpulan nasyid UNIC kembali bergabung di pentas sama dalam satu konsert amal untuk mengutip derma bagi mengisi tabung pesakit kanser kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Seremban, malam tadi.

Konsert ‘REUNIC’ yang menggabungkan kesemua bekas ahli kumpulan UNIC itu diadakan berikutan anak seorang anggota kumpulan itu turut menghidap kanser.

Bekas anggota kumpulan itu, Hafiz Hamidun berkata, di samping membantu mereka yang memerlukan, konsert itu dapat mengembalikan nostalgia zaman remaja mereka memandangkan anggota kumpulan itu sentiasa bersilih ganti.

“Pastinya lagu-lagu yang kami pilih akan menggamit memori penonton kerana semua lagu hits daripada UNIC akan berkumandang secara langsung diiringi oleh lima pemuzik profesional,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebanyak 2,000 tiket habis dijual dalam masa tiga hari sebelum berlangsungnya konsert itu.

Antara 15 lagu popular UNIC ialah ‘Atas Nama Cinta’, ‘Demi Cinta Suci’ dan ‘Ainul Mardhiah’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");