Membawang Hari Ini

UNIC Tidak Melatah Biarpun Dikecam Netizen

Biarpun menerima kecaman netizen akibat menyertai program Gema Gegar Vaganza (GGV), kumpulan nasyid UNIC bersifat terbuka menerima kritikan yang diterima itu.

Malah kumpulan yang dianggotai Bazli, Fakhrul dan Najdi mengambil pendirian untuk tidak melatah dengan kecaman pengguna laman sosial.

“Kami mengambil keputusan untuk tidak melatah. Kami tidak menjawab sebarang kecaman dan kritikan netizen. Bagi kami, masing-masing mempunyai pendapat berbeza.

“Kami juga turut mendapatkan pandangan penyanyi senior yang turut menyertai GGV mengenai keadaan yang sedang kami lalui. Kata mereka, kritikan orang yang tidak berpuas hati akan reda sendiri. Jadi, biarkan sahaja,” kata Fakhrul mewakili UNIC.

Menjadi kumpulan yang mendapat kutipan markah tertinggi di minggu kedua GGV, UNIC bersyukur kerana persembahan mereka menyampaikan lagu Hijau Bumi Tuhan nyanyian asal XPDC mendapat komen positif juri.

“Alhamdulillah, kami sendiri tak sangka yang kami akan mendapat kedudukan pertama di minggu kedua. Kami sangat bersyukur kerana apa yang kami sampaikan mendapat respon positif ramai pihak.

“Apa yang penting, kejayaan di minggu kedua akan kami gunakan untuk membakar semangat agar kami melakukan yang lebih baik lagi di minggu ketiga dan minggu-minggu seterusnya,” kata Bazli.

Gema Gegar Vaganza bersiaran setiap Sabtu, jam 9.00 malam bermula 8 April di Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Bersiaran langsung di Pusat Konvensyen CIDB Cheras, Gema Gegar Vaganza kali ini menampilkan Siti Nordiana, Achey dan Fikri Lawak Solo sebagai pengacara.

Selain itu, komposer terkemuka, Farihin Abdul Fattah bersama pelakon terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menggalas tugas sebagai juri tetap Gema Gegar Vaganza.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");