Sukan Hari Ini

United Terlalu Banyak Seri – Mourinho

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya dengan keputusan seri 0-0 yang dicatat pasukannya ketika menentang West Brom di Old Trafford, malam Sabtu.

Katanya, United terlalu banyak mendapat keputusan seri walaupun mencatat keputusan tidak pernah kalah dalam 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai kurang sempurna.

Keputusan seri yang terbaharu dicatatkan United ini adalah yang ke-11 bagi United dalam 28 perlawanan liga Perdana Inggeris, yang paling banyak di kalangan 20 kelab yang bersaing dalam liga.

“Mencatat rekod 19 perlawanan tanpa kalah pada era Liga Perdana Inggeris moden adalah luar biasa. Namun, kami terlalu banyak seri (lapan kali) di kandang sendiri,” kata Mourinho selepas perlawanan, memetik laman rasmi kelab.

Mourinho turut mengeluh kegagalan para pemainnya menjaringkan gol ke gawang West Brom.

Berdasarkan statistik, United membuat 18 percubaan, namun hanya tiga yang mengarah tepat ke gawang.

“Kami memiliki empat pemain kreatif yang boleh menjaringkan gol. Tetapi, kali ini mereka tak mampu mencipta gol. Mereka tidak konsisten dan ia harus dibayar kami dengan kehilangan dua mata,” kata Mourinho.

“Untuk menang, pasukan anda harus konsisten selama 90 minit. (Antonio) Valencia konsisten, Ashley Young konsisten, (Eric) Bailly konsisten, (Marouane) Fellaini konsisten dan (Michael) Carrick konsisten. Tapi yang lain tidak konsisten,” katanya memetik sumber mStar Online.

Keputusan seri ini membuatkan United berada di posisi kelima carta liga dengan 53 mata dari 28 perlawanan.

Posisinya ini akan menurun jika Arsenal menang ke atas Manchester City dalam perlawanan di Stadium Emirates, malam

United akan kembali menjadi tuan rumah menantang Everton dalam pertandingan pada Selasa.

Everton datang ke Old Trafford dengan misi kebangkitan selepas kalah 1-3 kepada Liverpool di Stadium Anfield, malam Sabtu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");