Perak Hari Ini

UPSI: Cawangan Teluk Intan Bakal Siap September 2019

IPOH:Bangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) cawangan Teluk Intan yang menempatkan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional dengan 1,000 penuntut dijangka siap sepenuhnya menjelang September 2019.

Menurut Exco Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Muhammad Amin Zakaria berkata kerja pembinaan universiti itu telah bermula sejak Februari tahun lepas dengan membabitkan kos sebanyak RM23.39 juta.

“Sehingga 17 Mac tahun ini, fasa pertama iaitu kerja-kerja tanah telah siap 97.27 peratus yang mana pencapaian kontraktor adalah cepat daripada jadual perancangan iaitu 95.86 peratus,” katanya.

Beliau bercakap demikian menjawab soalan lisan yang diajukan oleh R.Terence Naidu (DAP-Pasir Berdamar) yang ingin mengetahui mengenai peratusan gerak kerja pembinaan UPSI cawangan Teluk Intan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di sini hari ini.

Malah jelasnya, jadual kerja yang seterusnya adalah pembinaan bangunan kampus baharu itu bagi fasa kedua di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) seperti mana yang telah ditetapkan dalam Laporan Kajian ‘Value Engineering’.

“Kira-kira 600 pelajar yang mengikuti kursus teknikal dan vokasional di kampus UPSI Tanjung Malim akan dipindahkan ke kampus cawangan
Teluk Intan apabila siap kelak.

“UPSI cawangan Teluk Intan akan mengambil kira-kira 900 pelajar baharu dan jumlah pelajar akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya.

Penubuhan kampus cawangan UPSI di Teluk Intan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");