Perak Hari Ini

UPSI Teluk Intan: Perlu Tapak Lebih Besar

IPOH:Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mencadangkan agar pembinaan kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Teluk Intan didirikan di kawasan yang lebih besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan berkata ia berikutan mengikut perancangan awal, pembinaan UPSI Teluk Intan telah dicadangkan dilakukan di atas kawasan tanah seluas 18 ekar sahaja.

“Saya mengalu-alukan maklum balas yang telah diberikan oleh EXCO Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, YB Datuk Muhammad Amin Zakaria pada sidang DUN Perak baru-baru ini berkenaan status pembinaan Bangunan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Teluk Intan yang dijangkakan akan selesai sepenuhnya mengikut perancangan pada September 2019.

“Bagaimanapun, saya turut berpendapat bahawa keluasan tersebut adalah terlalu kecil dan universti itu wajar dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan yang lebih besar,” katanya menerusi satu kenyataan.

Malah jelasnya, hasil perbincangan berterusan bersama pelbagai pihak, proses pembinaan UPSI Teluk Intan dengan keluasan seluas 80 ekar telah bermula semenjak tahun 2015, dan dijangkakan mampu menampung seramai 1,000 orang penuntut di Batu 4, Changkat Jong.

Beliau terdahulu turut memuji pencapaian fasa pertama yang melibatkan kerja-kerja tanah yang telah siap 97 peratus lebih awal daripada perancangan.

“Jadual kerja seterusnya adalah pembinaan bangunan baharu bagi fasa kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) seperti mana yang telah ditetapkan dalam Laporan Kajian ‘Value Engineering’.

“Setakat ini, kos pembinaan UPSI Teluk Intan dan pengambilan tanah telah membabitkan kos sekitar RM45juta,” katanya lagi.

Mah turut memberi saranan agar para lepasan sekolah menengah di sekitar Hilir Perak dan negeri Perak untuk mengambil kesempatan memanfaatkan kemudahan pendidikan yang terdapat di Teluk Intan.

“Pada ketika ini, Teluk Intan telah mempunyai kampus perubatan UTM, Kolej Komuniti dan juga kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Pembinaan UPSI ini akan memenuhi visi beliau untuk menjadikan Teluk Intan sebagai hub pendidikan di Hilir Perak.

Selari dengan aspirasi tersebut, beliau turut menyatakan komitmennya untuk menjadikan bandar Teluk Intan sebagai bandar yang mesra pelajar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");