Jenayah

Wajar dihukum jika langgar undang-undang luar negara

KUALA LUMPUR: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Jakarta, Indonesia berhubung kes dadah perlu bersedia berdepan dengan tindakan jika didapati bersalah melanggar undang-undang ditetapkan.

Memetik sumber Utusan Online, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, jika siasatan yang dijalankan pihak berkuasa mendapati mereka terbukti mempunyai kaitan dengan sesuatu kes maka tindakan mahkamah perlu diambil.

“Siasatan akan dijalankan oleh pihak berkuasa, jadi kalau ada bukti maka mereka perlu bersedia menghadapi tindakan undang-undang. Jadi berani buat berani tanggung,” katanya selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Khalid berkata demikian sebagai mengulas dua rakyat Malaysia yang dilaporkan “hilang” di Jakarta kini berada dalam tahanan polis di sini kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah

Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Ariffin Mohamad Darus, 27, didakwa hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada pukul 2 petang 29 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), namun dilaporkan ditahan kerana memiliki dadah sebaik tiba di negara republik itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");