Membawang Hari Ini

Wanita 82 Tahun Aktif Jadi DJ Kelab Malam

TOKYO: Seorang wanita Jepun berusia 82 tahun kian mendapat perhatian setelah menjadi DJ untuk kelab malam di Tokyo.

Memetik laporan Reuters, Sumiko Iwamuro merupakan seorang pengusaha restoran makanan Cina, namun di waktu malam, beliau terkenal dengan mana DJ Sumirock di kelab malam di DecaBarZ, Jepun.

Beliau bermula berjinak sebagai DJ pada usia 70-an dan mengambil masa selama setahun lebih untuk belajar tentang muzik kelab.

Muzik yang dimainkan oleh beliau mempunyai elemen techno, jazz dan klasik.

“Apabila saya sedang ‘spin’, saya ingin mengikut rentak dan mainkan lagu yang tepat. Tetapi yang paling penting saya mahu penonton saya terhibur,” katanya.

Antara impian beliau adalah untuk kongsi muzik beliau di New York dan video aksi dia juga menjadi tular setelah dimuat naik di YouTube.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");