Jenayah

Wanita hilang ketika memancing ditemui lemas

MATU: Wanita warga emas yang hilang ketika memancing di Hulu Sungai Jemoreng, pagi tadi, ditemui lemas kira- kira jam 1.40 tengah hari tadi.

Mayat mangsa, Hawanah Mohamad, 76, dijumpai tidak jauh dari tempat dia dilaporkan terjatuh di sungai itu.

Ketua Kaum Kampung Jemoreng, Jafaar Aman, berkata lokasi kejadian terletak kira- kira 15 minit menggunakan perahu dari Kampung Jemoreng.

“Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Daro untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mempunyai dua anak serta sembilan cucu.

Dalam kejadian kira- kira jam 8 pagi tadi, mangsa sempat meminta tolong sebelum hilang selepas terjatuh ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Neil Beginda, berkata mangsa dipercayai pergi memancing bersama dua lagi rakannya dengan menaiki perahu berasingan.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa yang mengayuh sampan seorang diri berada di belakang rakannya.

“Rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa selepas terdengar jeritannya meminta tolong.

“Sebaik sahaja rakannya menoleh ke arah perahu itu, mangsa sudah tidak berada dalam perahu,” katanya memetik sumber Berita Harian Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");