Jenayah

Wanita maut kereta terbabas masuk parit

ALOR SETAR: Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama keluarganya terbabas ke dalam parit dipenuhi air di Kilometer 43, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, berhampiran Hutan Kampung di sini malam tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, mangsa berusia 25 tahun itu dipercayai lemas selepas kereta BMW itu yang dipercayai dipandu adik iparnya terbabas selepas memasuki kawasan berair ketika hujan lebat sekitar jam 10.40 malam.

Kereta mangsa terhumban ke dalam parit di bahu jalan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas dalam air.

Tiga anak mangsa berusia antara tiga hingga lapan tahun yang turut berada dalam kereta itu cedera.

Mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan dalam perjalanan dari arah utara menuju ke kampung mereka di Pendang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nozlan Zakaria, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.51 malam dan tiba di lokasi jam 10.59 malam.

Beliau berkata, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dan sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) tiba di lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam kereta itu.

“Operasi dilakukan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan rawatan awal dilakukan kepada empat mangsa yang hanya mengalami cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) oleh ambulans hospital.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");