Jenayah

Wanita muat naik kenyataan jelik ditahan

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita selepas disyaki memuat naik kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Institusi Diraja Johor di laman Facebook (FB).

Memetik sumber Berita Harian Online, Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata suspek berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi di Brickfields, Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Katanya, suspek ditahan susulan laporan diterima pihaknya pada jam 12.30 tengah hari, Ahad lalu berkaitan dengan penyalahgunaan laman media sosial itu.

“Hasil tindakan IPD Brickfields, seorang wanita ditahan malam tadi dipercayai individu bertanggungjawab memuat naik kenyataan jelik itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, sekiranya disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya selain boleh didenda selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Wanita itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");