Jenayah

Wanita sedang melintas parah dirempuh motosikal

GEORGETOWN: Seorang wanita parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika sedang melintas laluan pejalan kaki di Jalan Burma di sini, tengah hari tadi.

Memetik sumber Berita Harian Online, dalam kejadian pada jam 1.20 tengahari itu, mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang gagal berhenti ketika lampu merah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata mangsa ketika ini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala.

“Pihak polis sudah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal terbabit dan usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kes ini diklasifikasi sebagai langgar lari,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");