Sukan Hari Ini

Wenger Enggan Tunduk Kepada Permintaan Gaji Sanchez

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, enggan tunduk kepada permintaan gaji Alexis Sanchez dengan berkata dia enggan meletakkan kelab itu dalam ‘situasi sukar’ dalam percubaan mengekalkan pemain bintangnya.

Kontrak Sanchez bakal berakhir hujung musim depan dan namanya telah dikaitkan dengan beberapa kelab gergasi Eropah — termasuk satu daripada Liga Super China yang dilaporkan berminat dengan khidmat pemain antarabangsa Chile itu.

Wenger menyedari tindakan menaikkan gaji pemain itu mampu mengganggu kestabilan skuad, lantas berasakan Arsenal perlu mengambil pendekatan berhati-hati.

“Kami perlu mengambil kira kedudukan kewangan dalam menstabilkan pembayaran gaji keseluruhan skuad,” ujar Wenger.

“Saya mendengar pelbagai pendapat. Ada yang berkata, ‘tunaikan apa sahaja yang dia (Sanchez) minta’.

“Tetapi sekiranya perkara itu berlaku, apabila kamu tidak menghormati struktur gaji, secara tidak langsung ia akan meletakkan pasukan ini dalam situasi sukar.”

Sanchez jelas membintangi The Gunners musim ini, namun 18 gol dan sembilan bantuan jaringan di pentas Liga Perdana Inggeris sekadar meletakkan kelab itu di kedudukan keenam liga, tujuh mata di belakang slot kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun, Wenger yakin pemain berusia 28 tahun itu akan menolak tawaran mewah ke China memetik laporan Astro Arena.

“Setiap kelab dan pemain akan membuat keputusan. Apakah yang menjadi keutamaan? Di mana kamu mahu beraksi?” katanya.

“Seorang pemain yang hebat mahu bermain bersama rakan sepasukan yang berkualiti dan dalam liga terbaik dunia.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");