Membawang Hari Ini

Wings Bincang Dengan Pihak Yang Mahu Bantu Yazit

Peka dengan nasib yang menimpa rakan seperjuangan, kumpulan Wings berusaha mencari dana bagi menampung kos kos rawatan dialisis pemain dram Search, Yazit Ahmad.

Vokalis Wings, Datuk Awie dilaporkan berkata Wings kini dalam proses perbincangan dengan pihak yang mahu membantu membiayai kos rawatan Yazit yang berjumlah RM5,000 sebulan.

Berita Harian melaporkan Awie sebagai berkata, ia menjadi misi mereka memandangkan penyakit buah pinggang pemain dram terbabit memerlukannya menjalani rutin mencuci darah tiga kali seminggu.

“Kos dialisis yang perlu dilalui Yazit sangat tinggi. Dalam keadaan sekarang beliau memerlukan bukan hanya sokongan moral, malah bantuan untuk menampung kos bulanan untuk dialisis kira-kira RM5,000.

“Saya difahamkan, sebuah persatuan menyalurkan RM500, namun ia tidak mencukupi. Dari situ, Wings cuba membantu dengan berjumpa beberapa pihak bagi mengurangkan beban ditanggung.

“Apa pun, semuanya masih dalam perbincangan, tetapi kalau dapat direalisasikan dengan segera, ia lebih baik,” katanya selepas majlis penghargaan Konsert Wings & Superfriends – Belenggu Irama, malam tadi.

Diadakan genap seminggu persembahan mega untuk membantu Yazit dan beberapa artis lain, acara berkenaan dihadiri penyanyi, pemuzik dan kru sokongan sebagai tanda terima kasih kumpulan terbabit.

Antara selebriti yang hadir termasuk Datuk M Nasir, Datuk Nash, Liza Hanim, Sahara Yaakob, Jaclyn Victor, Lan dan Rodi Kristal, Kudeen (3 Juara), Ucop (Vokal Bukan Sekadar Rupa), Bila serta ramai lagi.

Awie memaklumkan, penganjuran konsert yang berlangsung di Istana Budaya selama empat malam bermula pada 6 April lalu membabitkan penyertaan lebih 30 penyanyi dan pemuzik, selain kira-kira 120 kru sokongan.

Sementara itu, katanya, acara penyerahan sumbangan kepada Yazit seperti diumumkan pada awal pengumuman persembahan mega berkenaan dulu akan dilakukan selepas ini.

Mereka turut memberi kebebasan kepada Yazit untuk mengagihkan sebahagian lagi wang sumbangan kepada mana-mana artis yang dirasakan memerlukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");