Membawang Hari Ini

Zainal Tunjuk Bakat Melawak

Penyanyi Datuk Zainal Abidin sememangnya dikenali sebagai penghibur yang mampu menawan hati peminat bukan hanya dengan alunan suara tetapi mampu melawak yang membuatkan penonton tidak bosan melihat persembahannya.

Peminat penyanyi kumpulan Headwind boleh menonton Zainal dari sisi lain pada Konsert Double Trouble Muzik dan Komedi  yang mengandingkan pelantun lagu Hijau itu bersama pengarah dan pelakon Afdlin Shauki buat julung kalinya.

Untuk menjayakan persembahan itu, Zainal memaklumkan sudah pun mempunyai beberapa isu yang sedang bermain di fikiran.

“Pada konsert itu, saya ingin bawa isu mengenai Anugerah Meletop Syok Sendiri.

“Selain itu, saya juga nak sentuh sikap seseorang yang tidak pandai bercakap Inggeris tetapi berlagak pandai,” katanya.

Berkongsi mengenai melawak di samping Afdlin, Zainal berkata, tawaran itu diterima atas dasar hubungan mereka yang dianggap sudah seperti saudara kandung.

Double Trouble Muzik dan Komedi dijadual berlangsung pada 29 dan 30 April ini di Comedy Planet, pusat beli-belah Great Eastern Mall, Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");