Jenayah

1,000 Motosikal Ditahan Dalam Operasi Di PD

PORT DICKSON – Hampir 1,000 buah motosikal pelbagai jenis di tahan polis dalam satu operasi bersepadu awal pagi tadi.

Ketua Operasi, Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superitendan Zainudin Ahmad berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga jam 4 pagi itu diadakan di laluan penamat Lebuh Raya Seremban Port Dickson di persimpangan Sua Betong.

Menurutnya, kesemua penunggang dan penumpang motosikal kemudiannya diarah menolak kenderaan masing-masing sejauh lima kilometer ke Balai Polis Telok Kemang.

“Operasi dijalankan secara bersepadu diketuai oleh Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Port Dickson dengan kerjasama Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

“Terdapat beberapa cubaan penunggang motosikal hendak melarikan diri sehingga ada yang nekad merempuh kereta peronda polis, dan mengalami cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian.

Hadir sama dalam operasi berkenaan, Ketua Jabatab Ketenteraman Awam dan Trafik IPK Negeri Sembilan.

Zainudin berkata, sehingga pagi ini (jam 7.30 pagi) pemeriksaan kenderaan termasuk ujian air kencing masih dijalankan di Balai Polis Telok Kemang.

” Ini adalah antara pendekatan polis bagi membanteras kegiatan lumba haram bermotosikal di daerah ini memandangkan Port Dickson menjadi tumpuan pemilik motosikal untuk berhimpun dan berkumpul lebih-lebih lagi ketika cuti hujung dan cuti umum Hari Buruh.

“Kehadiran penunggang motosikal secara berkumpulan dan jumlah yang banyak jika tidak dikawal boleh mengganggu ketenteraman awam dan berisiko melanggar undang-undang,” katanya.

Operasi bersepadu melibatkan tujuh pegawai dan 113 anggota dari semua agensi yang terlibat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");