Isu Panas

15,000 Ahli UMNO WP Sertai Sambutan Ulang Tahun

KUALA LUMPUR: Seramai 15,000 ahli UMNO Wilayah Persekutuan dijangka menyertai himpunan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 di Bukit Jalil, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, ia adalah penzahiran sokongan ahli untuk membuktikan kesatuan di dalam parti itu.

Beliau berkata, UMNO di peringkat bahagian sentiasa bersedia dan bersemangat dalam memastikan perpaduan negara dikekalkan melalui pelbagai bentuk program yang dilaksanakan.

“Sudah tiba masanya kita sebagai satu agama dan bangsa memberi contoh terbaik kepada bangsa lain. Bersatu melawan mereka yang cuba memecah belahkan negara,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas menerima Sang Saka Bangsa selepas Larian Bendera UMNO daripada Pemangku Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Jamaludin Razali di Sri Sentosa.

Lebih 500 peserta menyertai Larian Bendera UMNO bagi Zon Utara yang bermula di Tanjung Karang sehingga Petaling Jaya Selatan sempena sambutan ulang tahun parti itu.

Larian sejauh 90 kilometer (km) yang bermula dari Tanjung Karang, Kuala Selangor, Kapar, Shah Alam, Kelana Jaya, sehingga Petaling Jaya Selatan yang bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 6 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");