Perak Hari Ini

353 Terima Biasiswa (PESP) Petronas

SERI ISKANDAR: Petronas meneruskan tradisinya dengan menganugerahkan biasiswa kepada 353 pelajar untuk melanjutkan pengajian peringkat asasi dan ijazah sarjana muda di dalam dan luar negara tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 226 orang akan meneruskan pembelajaran dalam pelbagai bidang di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Bandar Seri Iskandar, di sini manakala 127 pelajar ditawarkan program di luar negara menerusi Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP).

Penyerahan tajaan tersebut disampaikan oleh Naib Presiden Kanan Perniagaan Huluan Petronas di Malaysia, Datuk Mohd Anuar Taib dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Datuk Raiha Azni Abd Rahman dalam satu majlis khas di UTP hari ini.

Mohd Anuar dalam ucapannya berkata, pemberian biasiswa itu membuktikan komitmen Petronas dalam pembangunan sektor pendidikan di Malaysia.

“Sejak PESP diwujudkan pada tahun 1975 setahun selepas Petronas mencipta nama program ini merupakan sebahagian besar pelaburan sosial korporat dalam sektor pendidikan,” katanya

Beliau berkata, sejak mula diperkenalkan pada 1975, PESP telah memberi manfaat kepada kira-kira 35,000 penerima biasiswa.

“Sehingga kini, Petronas membelanjakan lebih RM134 bilion untuk menaja pelajar melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara,” ujarnya.

PESP merupakan program penajaan yang menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar yang layak serta bagi memenuhi keperluan sumber manusia dan pertumbuhan urus niaga Petronas.

Bagi program kali ini sebanyak 7,000 permohonan diterima pihak Petronas bagaimanapun menerusi pelbagai tapisan dan sesi pemilihan yang dijalankan iaitu Petronas YoungStar Day (PYD) hanya 353 orang pemohon yang layak dari segi akademik dan syarat kelayakan diterima.

Sementara itu bagi penerima biasiswa, Muhammad Azizi Haznal Samhudi berkata kejayaan memperoleh biasiswa PESP ini adalah satu perkara yang cukup menggembirakan buat dirinya dan keluarga.

“Ia satu kejayaan yang tidak dijangka kerana saya tidak menaruh harapan yang tinggi apabila mendapati para pemohon yang hadir sangat berkelayakan tetapi saya bersyukur tuhan memberikan saya rezeki ini,”katanya.

Azizi bakal menyambung pengajian dalam bidang Akauntansi di United Kingdom.

Bagi Tan Hann Hsen, keterbatasan dirinya yang berkerusi roda tidak membataskan cita-citanya untuk mendalami bidang Sains Aktuari dan Statistik.

“Saya sangat gembira terima kasih kepada pihak Petronas kerana memilih saya untuk menerima biasiswa ini,” katanya yang akan menyambung pengajian di Amerika.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");