Perak Hari Ini

358 Perajurit Muda Tamat Latihan

IPOH:Seramai 358 Perajurit Muda Udara Siri 56/2017 telah berjaya menamatkan latihan asas Perajurit Muda (PJM U) setelah menjalani latihan selama 24 minggu di Institut Latihan Tentera Udara Ipoh di sini.

Terdahulu mereka telah dibahagikan kepada empat iaitu Flait Alpha, Flait Bravo, Flait Charlie dan Flait Delta yang telah dilatih dengan asas kententeraan dan pelbagai latihan.

Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Tentera Udara Diraja Malaysia Siri 56/2017 kali ini berlangsung di Padang Kawad Institut Latihan Tentera Udara (ITU) di sini, telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Affendi Buang.

Pada majlis tersebut juga turut disampaikan hadiah kepada Perajurit Muda Terbaik keseluruhan iaitu Perajurit Muda Udara (PJM U) Mohamad Fakhrul Faqih Zulkiffle.

Manakala bagi Perajurit Muda Penembak Terbaik diberikan kepada Perajurit Muda Udara (PJM U) Muhammad Shahrulnizam Mohammad dan Perajurit Muda Akademik Terbaik, Perajurit Muda Udara (PJM U) Ikmal Syafiq Sulaiman.

Sementara itu, jelas Affendi proses pemantapan tenaga kerja menjadi salah satu fokus terhadap pelan Transformasi Air Force Next Generation (AFNG) buat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Katanya Para Perajurit Muda (PJM U) yang baru sahaja menamatkan latihan disaran untuk meneruskan kesinambungan pelan berkenaan yang akan memasuki fasa ketiga tahun hadapan.

“Pada tahap fasa kedua ini pihak TUDM perlu menentukan serta memantapkan latihan pada dijalankan pada fasa pertama serta kesinambungannya terhadap fasa ketiga bagi menentukan ia berkesan,” katanya.

Tambahnya lagi, adalah penting untuk memastikan pelan dan fasa yang dirangka berkesan untuk memasuki fasa ketiga kelak.

AFNG merupakan pelan pemantapan tenaga kerja, yang telah dicadangkan menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Sementara itu jelasnya lagi, TUDM juga memberi fokus kepada pengambilan melibatkan syarat kemasukan di peringkat Diploma untuk melatih Perajurit Muda yang lebih cekap dan mudah menerima sistem pembelajaran terkini.

“Semua Perajurit Muda yang mempunyai kelayakan Diploma supaya dapat memberi satu peningkatkan dan persediaan buat mereka meneruskan kerjaya mereka dalam bidang TUDM dengan lebih cekap,” katanya.

Tambahnya lagi, pemilihan tahap kelayakan itu adalah bagi memudahkan mereka untuk menghadapi sesi pembelajaran dengan lebih mudah selain lebih cepat menerima idea dan pembelajaran melibatkan aspek teknologi terkini.

“Pengambilan seterusnya akan dibuka pada awal Julai ini iaitu bagi pengambilan sebanyak 370 orang peserta dengan kouta pengambilan wanita sebanyak 10 peratus,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");