Perak Hari Ini

400 Bakal Peniaga Bazar Ramadhan 2017 Hadiri Sesi Townhall Bersama Datuk Bandar Ipoh

Menjelang Ramadhan tidak lama lagi, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil initiatif dengan menganjurkan sesi Townhall bersama Datuk Bandar, Datuk Zamri Man di Dewan Bandaran, disini, hari ini.

Seramai 400 bakal peniaga Bazar Ramadhan 2017 telah menghadiri sesi berkenaan dan ia turut dihadiri oleh Encik Mohd Zakuan Zakaria, Setiausaha Bandaraya, Ahli Majlis, Ahli MMS, JPP dan ketua jabatan MBI.

Sesi townhall yang dikendalikan oleh moderator, Encik Mohd Syahrizal bin Azmi, Pegawai Perhubungan Awam ini telah berlangsung dalam suasana harmoni.

Rata-rata bakal peniaga Bazar Ramadhan amat berpuashati dengan penganjuran Bazar Ramadhan pada tahun ini yang amat cemerlang serta merangkumi semua aspek.

Dalam ucapannya, Datuk Bandar merakamkan ucapan terima kasih kepada para penganjur dan peniaga Bazar Ramadhan 2017 yang telah bekerjasama dengan MBI dalam memastikan kelancaran Bazar Ramadhan pada tahun ini.

Semoga sesi townhall seumpama ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak penganjur, peniaga dan MBI serta mendapatkan maklumbalas secara langsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");