Membawang Hari Ini

Adakah Lindsay Lohan Akan Berpuasa Ramadan ini?

LINDSAY Lohan kini menimbulkan persoalan sama ada beliau akan berpuasa Ramadan ini lapor StepFeed.

Aktres tersebut memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya berserta kapsyen #Happyramadan menimbulkan pelbagai persoalan kepada orang ramai.

Sementara itu, dalam satu temu bual di Kuwait sebelum ini aktres tersebut mengakui pernah cuba berpuasa selama tiga hari lapor Emirates Women.

“Saya cuba berpuasa selama tiga hari bersama rakan saya dari Kuwait, ia sangat sukar tapi perasaannya sangat bagus,” katanya kepada Hos Shoaib Rashid.

Bagaimanapun, beliau mendapat banyak respons positif khususnya para peminat yang beragama Islam yang menggalakkan dirinya berpuasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");