Perak Hari Ini

Agong Berkenan Melawat Pangkalan TLDM Di Lumut

LUMUT:Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini hari ini.

Ketibaan baginda sekitar jam 5.30 petang tadi disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Baginda turut berkenan menerima tabik hormat dan memeriksa kawalan Kehormatan Utama di Padang Kawad KD Pelandok perbarisan oleh 106 Anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Baginda kemudian berangkat menghadiri acara menembak di Lapang Sasar Abdul Samad.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja  Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Esok, baginda turut berkenan menghadiri taklimat Transformasi dan Operasi TLDM dan Projek Markas Pusat Khas Laut (PASKAL) di Wardroom KD Lekiu.

Baginda juga akan menyaksikan demontrasi gempur oleh Markas PASKAL, Markas Udara TLDM, Aset Udara TLDM dan kapal sasaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");