Perak Hari Ini

Agong Berkenan Terima Beret Kehormat TLDM

LUMUT:Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima penganugerahan Beret Ungu Pasukan Khas Laut (PASKAL) Dan Lencana Trimedia sempena kunjungan dua hari baginda ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bermula semalam.

Pada penganugerahan yang berlangsung di Kapal Diraja (KD) Lekiu, Beret kehormat itu, dipersembahkan kepada Baginda oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor manakala sijil Beret pula disampaikan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Baginda turut berkenan menerima Lencana Trimedia yang di sampaikan oleh Panglima Pasukan Khas Laut (PASKAL) Datuk Jamaluddin Mohd Saman.

Baginda merupakan penerima kesebelas  Beret Kehormat PASKAL ini.

Beret Ungu PASKAL adalah merupakan pakaian kepala Head Dress yang sangat disanjung tinggi oleh semua warga PASKAL dan merupakan lambang kemegahan,keberanian, ketabahan dan ketaatsetiaan serta kerelaan berkorban apa sahaja demi kepentingan dan kedaulatan negara.

Pemakaian Beret ini hanya untuk individu yang telah diiktiraf layak oleh pasukan setelah berjaya melalui cabaran dan rintangan hingga mengakibatkan pertaruhan nyawa dan keselamatan diri.

Penganugerahan Beret Kehormat PASKAL adalah merupakan kesinambungan pengiktirafan pasukan kepada individu bukan dari warga PASKAL yang menyumbang bakti tidak ternilai sama ada secara langsung atau tidak kepada perkembangan pasukan khasnya dan keupayaan Tempur TLDM.

Sejak diwujudkan, Beret Kehormat PASKAL telah dianugerahkan kepada sepuluh orang kenamaan negara antaranya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada ketika itu mengalas tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dan Mantan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Datuk Dr Abdul Aziz Jaafar.

Baginda terdahulu berangkat melawat ke KD Lekiu dan menyaksikan persembahan taklimat Transformasi dan Operasi TLDM dan projek Markas PASKAL di Wardroom KD Lekiu.

Baginda juga berkenan menyaksikan demontrasi gempur oleh Markas PASKAL, Markas Udara TLDM, Aset Udara TLDM dan kapal sasaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");