Isu Panas

Amanah Ajak Wanita Bersama Mencorak Perubahan Negara

SHAH ALAM – Parti Amanah hari ini mengajak para wanita khususnya kaum ibu untuk bersama-sama mencorakkan perubahan negara dalam PRU14 yang akan datang.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan berkata, wanita perlu sedar hanya pentadbiran baharu yang memahami denyutan nadi rakyat khususnya warga ibu.

Beliau berkata demikian bersempena dengan sambutan Selamat Hari Ibu yang disambut oleh seluruh dunia hari ini.

“Bersempena sambutan Hari Ibu, Pemuda Amanah Nasional merakamkan ucapan tahniah atas kesungguhan dan pengorbanan warga ibu dalam mendidik serta mencorakkan masa depan anak-anak.

“Sambutan ini memberi ruang dan peluang untuk kita meluangkan masa sejenak dalam kesibukan rutin tidak berkesudahan ini untuk mengingati serta menghargai ibu yang telah melahirkan serta berkorban untuk kita.

“Peranan warga ibu kepada adalah sangat penting dalam pembentukan negara, hasil kasih sayang dan didikan daripada merekalah yang mencorakkan masyarakat dan negara, kerana merekalah insan paling hampir dengan anak-anak yang akan membesar dan kemudiannya berperanan membina negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, wanita khususnya ibu adalah antara kelompok besar dalam negara yang boleh menjadi penentu kepada pembentukan pentadbiran negara.

“Undi mereka sangatlah berharga dan Pakatan Harapan sangat menagih sokongan daripada mereka. Dalam keadaan negara ketika ini, warga ibu sangat terkesan dengan kegagalan urus tadbir negara.

“Kos kehidupan yang semakin meningkat khususya pasca perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sangat menghimpit warga ibu yang mana mereka setiap hari melaluinya.

“Pakatan Harapan komited untuk membina serta melaksana pentadbiran yang inklusif dan peduli khususnya aspek kehidupan rakyat dan kestabilan ekonomi, untuk membantu mensejahterakan peranan ibu-ibu melaksanakan peranan mereka dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");