Isu Panas

‘Amanah Bukan Parti Bang Mat Seorang’

SHAH ALAM – Presiden Amanah, Mohamad Sabu meminta semua pihak dalam parti untuk bekerja keras demi melebarkan rahmat Islam ke seluruh masyarakat di negara ini.

Menurutnya, untuk memastikan konsep Islam diterapkan ke dalam pemerintahan dan gaya hidup rakyat, beliau memerlukan seluruh  jentera dan ahli Amanah untuk bersama-sama membantu parti dalam merealisasikan hasrat itu.

“(Parti) Amanah ni bukan parti Bang Mat seorang. Bukan parti G18.  Amanah tertubuh setelah puluhan ribu terlibat dalam proses memuktamadkan keputusan untuk penubuhannya.

“Ketika Pas mula terperosok jauh dengan budaya takfiri. Ketika Pas menampilkan imej tidak boleh berkompromi dengan orang lain. Maka tampil parti Amanah dengan konsep rahmatan lil ‘alamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, keputusan pihaknya untuk keluar daripada Pas dan menubuhkan Amanah nyata bukan satu kesilapan.

“Kini Amanah tampil sebagai wadah perjuangan yang subur untuk mereka yang mendokong perjuangan keadilan dan kesyumulan Islam.

“Bang mat bersyukur, sekarang ni bila pi (pergi) mana-mana pun orang dah mula boleh menerima mengapa Amanah ditubuhkan hampir dua tahun lepas. Sekarang apa? Masa untuk bekerja. Buktikan Islam adalah rahmat untuk semua!,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");