Isu Panas

Anggap Talak Tiga: Pas Pertikai Guan Eng

SHAH ALAM – Pas mempertikaikan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengibaratkan hubungan PKR dan Pas seperti cerai talak tiga dan tidak dapat duduk serumah kerana boleh dianggap sebagai bersekedudukan.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Idris Ahmad berkata, ketika Jawatankuasa Pusat DAP bermesyuarat pada 2015 memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, terdapat pemimpin daripada parti tersebut yang masih memegang jawatan di dalam Kerajaan Selangor.

“Jadi kenapa sekarang mereka nak exco kita lepaskan jawatan dalam kerajaan negeri selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respons bersama oleh DAP, PKR dan Pas untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia.

Namun, ekoran beberapa insiden yang berlaku pada 2014 termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Pakatan Rakyat terkubur disebabkan hubungan semakin renggang.

Sehubungan itu, Idris yang juga Naib Presiden Pas menjelaskan, setakat hari ini, Pas memutuskan untuk membiarkan semua exco terlibat berkhidmat bersama Kerajaan Selangor sehingga tempoh perkhidmatan tamat selain memberi tumpuan kepada rakyat.

“Mereka (DAP) tuduh kita macam-macam, tapi bila Guan Eng sendiri ambil gambar berpeluk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, kami (Pas) diam sahaja.

“Pas tak cakap apa pun, sebab tindakan itu dianggap seperti politik dangkal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");