Isu Panas

Annuar Dakwa DAP Perosak Cina Di Malaysia

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mendakwa parti DAP sebagai punca kepada ‘rosakknya’ kaum Cina di Malaysia.

Jelas Annuar, ‘kebahagian’ kaum Cina telah lama dibina oleh Umno, namun sejak wujudnya DAP, parti itu dilihat telah ‘merosakan’ kebahagian itu.

“Yang menyelamatkan orang Cina adalah Umno, wujud sekolah Cina atas restu Umno.

“Siapa yang perjuangkan sekolah Cina? kalau lihat di Indonesia, Thailand kaum Cina tidak boleh pakai nama Cina hanya Cina Malaysia nikmati semua itu…sebab itu bila cakap masa depan Cina kita (Umno) jangan apologetik.

“Jadi yang sebenarnya yang merosakan Cina di malaysia adalah DAP,” katanya dalam ucapannya di program pengumuman pemenang pertandingan ‘Kit Siang rasis’ di Hotel Blue Wave, di sini.

Katanya, kaum Cina merupakan kaum yang cintakan keamanan namun perkara itu telah dirosakkan oleh DAP.

“Fikir secara mendalam kaum Cina merupakan pedagang yang mahukan jaminan keamanan.

“Tanpa Umno sebagai tunjang pemerintahan negara ini kalau berlaku huru hara kaum Cinalah paling teruk terjejas,” katanya.

Katanya lagi,” Cina hebat dan kaya selagi ada Umno.

“Mereka boleh nikmati kehidupan sebenar…itulah yang kita perlu beri gambaran sebenar,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");