Isu Panas

Anwar Sebagai PM Hanya Cadangan PKR

SHAH ALAM – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui cadangan meletakkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke-7 adalah cadangan PKR.

“Isu Anwar sebagai calon perdana menteri adalah cadangan PKR. Keputusan Pakatan Harapan akan dibincangkan bersama,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak menjadi masalah kepada pemimpin PKR terhadap tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak memegang plakad ‘Anwar PM ke-7’ semasa menghadiri Kongres Nasional Tahunan PKR ke-12.

“Tidak (jadi masalah),” katanya ringkas mengulas mengenai isu itu.

Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mengangkat plakad tersebut, meskipun pemimpin Pakatan Haran memegang sepanduk tersebut sebagai tanda sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya gabungan pembangkang itu menang pada PRU14 nanti.

Mahathir dilihat bermain dengan telefon bimbitnya manakala Muhyiddin sekadar senyum dan bertepuk tangan.

Bagaimanapun, Mahathir yang ditemui pemberita selepas itu sekadar melambai dan masuk ke dalam kereta tanpa mengulas tindakannya itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");