Sukan Hari Ini

Arsenal Tidak Beri Laluan Mudah – Luiz

PEMAIN pertahanan Chelsea David Luiz menegaskan pasukan itu perlu mempamerkan prestasi tahap tertinggi untuk menundukkan Arsenal pada aksi final Piala FA di Wembley, Sabtu ini.

Di atas kertas Chelsea yang baharu sahaja dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris dilihat mempunyai kelebihan menjulang trofi itu berbanding Arsenal.

“Kami perlu fokus dan berlatih bersungguh-sungguh setiap hari untuk berada pada tahap terbaik di final.

“Saya fikir apabila anda bermain untuk kelab besar… anda tahu kami bermain menentang sebuah pasukan yang hebat, pemain handal dalam keadaan terbaik.

“Mereka mempunyai pemain hebat dan jurulatih yang disegani, jadi kita perlu berada di tahap terbaik untuk memenangi aksi final ini,” kata Luiz.

Malah, seorang lagi pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma turut menyifatkan Arsenal sudah tentu akan memberi saingan sengit kepada Chelsea.

“Kami menang liga dan kami gembira mengenainya tetapi kita ada satu lagi perlawanan sukar yang perlu diharungi. Jika kami memenanginya, ia baik untuk kami.

“Kami kini lebih fokus kerana tahu laluan pasti sukar. Kami tahu hanya ada satu lagi perlawanan, satu final dan ia pasti sukar,” kata Zouma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");