Berita Hari Ini

Aspirasi TN50 Budak 10 Tahun Curi Tumpuan PM

PETALING JAYA: Aspirasi seorang kanak-kanak berusia 10 tahun menyaksikan kepelbagaian rakyat Malaysia pada 2050 mencuri tumpuan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan pada majlis pelancaran proses wacana fasa kedua Transformasi Nasional 2050 (TN50) menyatakan beberapa idea yang telah dibincangkan dalam sesi tertutup.

Perdana menteri kemudiannya bertanyakan budak lelaki itu, Reese Matthew Kam, yang merupakan salah seorang peserta bagi sesi berkenaan supaya berdiri.

“Saya begitu kagum dengan budak muda ini. Katanya, dia meminta agar keunikan Malaysia terus dipelihara dan dijaga.

“Kita perlu memelihara keunikan tanah air ini, lebih-lebih lagi dengan kepelbagaian masyarakatnya di bawah naungan 1Malaysia.

“Ini merupakan aspirasi kanak-kanak Malaysia berusia 10 tahun,” kata Najib yang mendapat tepukan hadirin lapor Mstar Online.

Reese diumumkan sebagai salah seorang daripada lima pemenang bagi pertandingan mencipta logo TN50.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");