Berita Hari Ini

Bahaya Tapi Berbaloi!

ALOR SETAR: Dia mengambil masa hampir satu jam untuk merakamkan gambar bunga tekoma terbaik, dengan cara berdiri sambil berpaut pada besi di tebing Sungai Kedah.

Ternyata usaha ‘agak bahaya’ itu berbaloi untuk pensyarah universiti Mohd Khairulnizam Zahari, 29, kerana gambar tersebut menang hadiah utama peraduan ‘Sakura Blossom In Kedah Smartphone Photo Contest 2017’.

Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ini memenangi penginapan tiga hari dua malam di Gunung Jerai Resort.

Khairulnizam, anak kelahiran Kedah, adalah antara 1,561 peserta yang menghantar penyertaan untuk peraduan yang berlangsung dari 15 hingga 31 Mac lalu.

Pertandingan itu dianjurkan sempena musim bunga tekoma di Kedah pada bulan Mac dan April setiap tahun.

“Saya terlepas pertandingan dua tahun lalu kerana hujan dan kerja,” katanya selepas menerima hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Agama dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, di Wisma Negeri di Alor Setar, Ahad.

Katanya, sebaik sahaja tekoma berbunga pada pertengahan Mac tahun ini, dia telah meminta bantuan adiknya, Puteri Nurkhairunnisa, 17, untuk mencari tempat terbaik mengambil gambar tekoma.

“Saya kena berhati-hati untuk elak tergelincir ke sungai dan pada masa sama bimbang telefon yang dipegang adik pula terlepas,” katanya.

Khairulnizam berkata mula-mula mereka pergi ke hospital lama Alor Setar tetapi tempat itu penuh sesak. Mereka akhirnya menemui tempat yang sesuai kira-kira 50 meter dari hospital berkenaan.

“Bunga-bunga tekoma menutupi seluruh sungai, menjadikan permukaannya seperti permaidani merah jambu. Saya telah membuat tetapan di telefon mudah alih untuk adik saya mengambil gambar,” katanya.

Graduan kejuruteraan ini berkata dia sentiasa mengambil gambar setiap kali musim bunga sakura ketika menuntut di Korea Selatan.

“Saya berpendapat bunga tekoma di Kedah ini sama menarik seperti bunga sakura, cuma bunga sakura lebih kecil dan warnanya lebih cerah,” katanya lapor Mstar Online.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");