Perak Hari Ini

Bangunan Lama The Majestic Station Hotel, Perlu Dibangunkan Semula

IPOH:Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bakal mengadakan perbincangan dengan pihak Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dalam usaha memelihara nilai warisan yang dimiliki bangunan terbiar yang dahulunya The Majestic Station Hotel,di Stesen Keretapi Ipoh di sini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata bangunan itu memilik sejarah dan nilai warisan yang bernilai dan ia sepatutnya kekal sebagai sebuah hotel.

“Ia warisan, tambah lagi bangunan itu menjangkau 100 tahun menjadikan ia sangat bermakna dan saya berharap sekiranya boleh dibina hotel untuk dijadikan warisan,” katanya kepada media sejurus merasmikan Majlis Pelancaran “Travel, Visit & Stay Green” kempen 2.0 Haven dan KTMB yang berlangsung di The Haven Resort di sini hari ini.

Jelasnya lagi, selain daripada pembinaan hotel, bangunan terbiar itu sesuai untuk didirikan sebuah cafe khusus buat pelancong dan pengguna stesen keretapi itu.

“Bangunan itu memiliki banya sejarah dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.. selain daripada hotel jika pengunjung tidak menaiki keretapi boleh juga ke situ untuk melawat atau diwujudkan cafe yang cukup nolstagia,” katanya lagi.

Terdahulu bangunan itu merupakan The Majestic Station Hotel, yang telah ditutup sejak 11 Mac 2011, iaitu selepas 76 tahun beroperasi.

Hotel berkenaan telah dibuka pada tahun 1935 dan difahamkan, premis hotel diserahkan semula kepada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) selepas pajakan tamat.

Nazri terdahulu telah merasmikan kempen “Travel, Visit & Stay Green” iaitu memberi peluang kepada pelanggan KTM Intercity dan ETS yang berjaya memenangi hadiah utama berupa pakej penginapan dua hari satu malam di The Haven Resort dengan harga cuma RM88 sahaja.

Kempen tersebut bermula pada 8 Mei sehingga 8 November ini dan bagi penumpang yang bertuah iaitu memiliki tiga digit terakhir pada nombor siri tiket “888” akan dipilih sebagai pemenang.

Program kerjasama ini turut menawarkan Travel & Stay Package khusus untuk pemegang KTM i-Card Pelajar yang bercuti bersama teman atau keluarga tersayang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");