Berita Hari Ini

Bank Rakyat Sedia Sistem Semakan KADS1M Mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR: Mulai 1 Jun, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara dalam talian.

KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian.

“Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baharu kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

“Bagi pelajar yang telah menerima e-mel daripada Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat,” kata satu kenyataan pada Sabtu.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");