Jenayah

Bayi Ditinggalkan Di Terowong

MUALLIM: Seorang wanita warga emas menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam sebuah terowong di taman permainan kanak-kanak di Taman Pergola dekat Slim River, Ahad.

Ketua Polis Daerah Muallim, Supt Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata wanita berumur 60 tahun itu menemui bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat ketika sedang bersenam kira-kira pukul 7 pagi.

“Ketika ditemui bayi tersebut dibalut dengan kain batik. Jantina bayi ialah lelaki dan berkulit cerah, namun bangsanya tidak dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Kamarul Azran, bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan dan kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");