Berita Hari Ini

Beg Neil Amstrong Dijangka Dijual Lebih RM17j

NEW YORK – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah beg yang digunakan Neil Armstrong untuk mengumpul batu dari permukaan bulan pada tahun 1969 akan dilelong di New York Julai ini dan dijangka akan dibida lebih daripada $4j (RM17 juta).

Beg kecil yang tertulis ‘Luna Sample Return’ dibeli Nancy Lee Carlson dua tahun lalu dengan harga $995 (RM4,246) akan dilelong dalam sesi bidaan Sotheby.

Beg berkenaan dijangka akan dilelong dengan harga lebih tinggi kerana ia masih mempunyai debu bulan.

Angkasawan Neil Armstrong memenuhkan beg berkenaan dengan batu dari bulan ketika perjalanan penuh bersejarah pada tahun 1969 misi Apollo 11.

Dia mengembalikan semua beg berkenaan ke makmal Houston namun kemudian tidak diketahui lokasi beg berkenaan disimpan.

Beg berkenaan kemudian didapati dijual di laman web lelongan U.S Marshals.

Memetik Huffington Post, Carlson seorang peguam di Chicago membeli beg berkenaan bersama-sama dengan beberapa barangan lain dengan harga $995 (RM4,246) dan menghantarnya ke NASA untuk ujian pengesahan.

Bagaimanapun NASA enggan memulangkan semula beg berkenaan kerana mendakwa beg itu adalah milik agensi itu sehinggalah mahkamah memutuskan ia dikembalikan semula kepada pemiliknya.

Rumah lelongan Sotheby mengambarkan beg berkenaan adalah salah satu artifak angkasa yang paling penting dilelong.

Ia akan dilelong pada 20 Julai sempena ulang tahun ke 48 peristiwa manusia pertama tiba ke bulan.

Jurucakap NASA, William Jeffs berkata kepada The Wall Street Journal, beg berkenaan hendaklah dijadikan sebagai paparan awam dan tidak disembunyikan sebagai koleksi peribadi.

Beg berkenaan dijangka akan dilelong dengan harga yang tinggi ekoran ia adalah satu satunya barangan yang dimiliki awam selain daripada agensi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");