Berita Hari Ini

Bekalan Ikan Cukup Sehingga Aidilfitri

SHAH ALAM: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri ini.

Pengerusi LKIM, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, berkata LKIM sudah berbincang dengan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Persatuan Nelayan Laut Dalam berhubung perkara terbabit untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Beliau berkata, ketika ini, jumlah tangkapan ikan di Perak seperti di Pantai Remis, Bagan Panchor dan Hutan Melintang serta perairan Selangor menunjukkan peningkatan.

“NEKMAT sudah mengumpulkannya untuk dijadikan produk ikan sejuk beku segar Q’ Fish sebagai bekalan musim perayaan.

“NEKMAT memaklumkan mempunyai stok ikan sejuk beku segar sebanyak 50 tan.

“Sekiranya berlaku kekurangan bekalan ikan di pasaran, NEKMAT akan melambakkan stok bekalan ikan itu di semua pasar tani di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini memetik sumber Berita Harian.

Irmohizam berkata, LKIM yakin jumlah itu mampu menampung permintaan pasaran sepanjang Ramadan dan tempoh musim perayaan Aidilfitri.

“LKIM yakin harga ikan dijangka terus stabil dan berpatutan ekoran tidak mengalami masalah bekalan.

“LKIM bersama NEKMAT, Jabatan Perikanan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sudah melakukan persiapan memastikan bekalan ikan mencukupi dan harga ikan yang berpatutan,” katanya.

Terdahulu, Irmohizam mengadakan lawatan mengejut di Pasar Ikan Pasir Penambang bersama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");