Berita Hari Ini

Belia India Harus Bijak Ambil Peluang, Usaha Perbaiki Taraf Kehidupan

SEREMBAN: Belia India perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan hari ini khususnya dalam sektor peniagaan bagi membolehkan mereka bersaing sekali gus memperbaiki taraf kehidupan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk peluang kepada semua bangsa termasuk bangsa India namun sekiranya ia tidak diendahkan maka ia akan menjadi sesuatu yang sia-sia.

“Malaysia satu-satunya negara yang menyediakan peluang yang begitu banyak untuk belia termasuk belia India tetapi yang penting usaha daripada golongan belia itu sendiri yang akan tentukan masa depan mereka,” katanya.

Adalah menjadi tanggungjawab para belia hari ini untuk terus berusaha agar dapat bersaing dalam apa jua bidang yang diceburi bagi menambah baik taraf kehidupan mereka,” katanya selepas merasmikan Ardi Bina Hardware di sini, hari ini.

Beliau menegaskan antara bukti usaha kerajaan dalam menambah baik taraf hidup dan merancakkan lagi pembangunan masyarakat India adalah melalui Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia.

“Bantuan pun sudah banyak diperkenalkan termasuk Tekun, Amanah Iktiar dn sebagainya maka jangan hanya duduk di rumah dan dengar hujah pembangkang dan salahkan kerajaan, peluang sudah ada cuma inisiatif perlu diambil,” katanya.

Terdahulu, beliau merasmikan Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Piala Pusingan Datuk T. Rajagopalu di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini.

–BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");