Perak Hari Ini

Belia Perlu Hebat Minda, Fizikal dan Rohani

KUALA KANGSAR: Fizikal, Minda dan Rohani yang hebat menjadi tiga prinsip utama yang diharapkan dalam diri setiap belia negeri ini berpandukan hala tuju kepada Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata apa yang dilihat dasar itu mampu melahirkan para pelapis belia yang berwibawa dari segenap dimensi.

“Minda mereka perlu hebat di bilik kuliah, sebagai ahli sukan mereka perlu hebat fizikalnya dan rohaninya perlu juga hebat, iaitu akhlak yang baik dari segi agama,” katanya ketika ditemui pada majlis Fit Perak sempena program permukiman Menteri Besar di daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Jelas Zambry lagi, anak muda mempunyai potensi yang amat besar di mana mereka kini tidak boleh lagi hanya bercakap soal masa depan tetapi masa kini untuk rancangan masa depan.

“Kerajaan adalah rakan pembimbing membantu mereka bersama melalui kerjasama sebagai contoh pelaksanaan Dewan Undangan Belia (DUN) belia.

“Perak Antara beberapa buah negeri yang memperkenalkannya dengan kaedah masing-masing  iaitu memberi ruang berdebat dan pelbagai program serta latihan industri bersama wakil rakyat untuk memberi pendedahan berkaitan tanggungjawab mereka,” katanya.

Katanya lagi, anak muda turut dibantu dari segi penyediaan pelbagai peruntukan melibatkan sektor ekonomi juga bantuan perumahan.

Tambahnya segala usaha membantu anak muda supaya mereka komited untuk lebih cemerlang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");