Berita Hari Ini

Beri Penekanan Pendidikan Seks

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan memandang serius jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Choong Sin Woon berkata, laporan sebanyak 61 peratus kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual adalah serius dan perlu diberi perhatian.

Menurutnya, jumlah itu diyakini lebih tinggi daripada yang sebenar, kerana masih ada keluarga dipercayai tidak membuat laporan polis disebabkan malu dan takut.

“Keadaan ini sangat membimbangkan kerana kanak-kanak adalah insan kecil yang perlu dilindungi, mereka terlalu naif untuk diperlakukan begitu.

“Oleh sebab itulah, kita menekankan ilmu pengetahuan sedemikian dengan melaksanakan pendidikan seks di sekolah, sama ada peringkat rendah mahupun menengah kerana dengan ilmu itu, mereka tahu bagaimana nak jaga tubuh badan masing-masing dengan sempurna,” katanya selepas merasmikan Perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chi Hwa, di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mengatakan 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak untuk tempoh tiga tahun sejak 2014.

Sin Woon berkata, pendidikan seks di sekolah diharap dapat membantu mengurangkan masalah seksual dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, pendedahan awal terutama di sekolah rendah sangat penting bagi membolehkan mereka belajar menjaga organ berkaitan agar tidak diambil kesempatan.

“Selain melalui pendidikan seks, di sekolah juga kita adakan program rakan sebaya. Mereka jadi mata dan telinga kepada guru untuk bantu rakan sebaya bermasalah,” katanya.

Menurutnya, program itu membantu mangsa jenayah atau gangguan seksual, berkongsi cerita dengan rakan sebaya sebelum maklumat itu diberikan kepada guru untuk tindakan susulan.

“Ini kerana ada murid takut nak ceritakan kepada guru, jadi kita gunakan rakan sebaya mereka untuk dapatkan maklumat,” katanya memetik sumber Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");