Isu Panas

Bersatu Tidak Goyah, Masih Utuh: Penganalisis

SHAH ALAM – Parti Bersatu didakwa masih utuh, walaupun sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan terhadap kepimpinan pemimpinnya ketika ini.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kemelut yang berlaku di dalam Bersatu itu dilihat sebagai satu fenomena biasa bagi parti politik baru.

“Biasalah keadaan sebegini berlaku dalam parti politik khususnya parti baru. Namun tiada nampak lagi kepincangan di peringkat nasional yang memberi cerminan kepada perpecahan besar di peringkat nasional,” katanya memetik sumber Sinar Online.

Azizuddin berkata, demikian bagi mengulas mengenai Ketua Pendaftar Bersatu Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar yang mendakwa kononnya seluruh bahagian Bersatu Perak membuat desakan supaya Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kepincangan di peringkat kebangsaan dan Perak.

Azrul Suhadi juga didakwa turut menyatakan Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.

Mengulas lanjut, Azizuddin berkata, “Sekiranya yang berlaku di Perak ini merebak ke seluruh negara, barulah kita boleh kata Bersatu ni goyah dan sedang menuju perpecahan,” jelasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");