Jenayah

Buka Paip, Beri Salam Suruh Tutup – Taktik Baru Samun?

AWAS!!! Orang ramai khususnya suri rumah diminta berwaspada dengan pelbagai taktik sindiket samun dan terbaharu berkemungkinan menggunakan modes operandi ‘buka paip, beri salam’.

Ini susulan, seorang wanita Sarah Sulaiman mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa samun di rumahnya di  Taman Air Tawar Indah, Teluk Air Tawar, Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, rumahnya telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memberi salam berkali-kali.

Ekoran dia sedang sibuk menguruskan bayinya, dia tidak mengendahkan salam tersebut. Bagaimanapun, suara itu semakin lama kedengaran semakin dekat seolah-olah individu itu berada dalam kawasan rumah.

“Rasa tak sedap hati memang tak berani nak jenguk ke luar, cuma jalan ke pintu nak ambil baju baby dalam bakul. Sampai kat pintu dengar bunyi air kuat macam hujan. Buat tak tahu jugak lah..

“Elok bak balik dia tanya siapa buka air kat luar, paip rumah sebelah pun sama. Padahal pintu pagar depan berkunci, rumah sebelah pun berkunci! Paip air memang dia bukak penuh air paling kuat,” ujarnya.

Oleh itu, Sarah percaya air paipnya dibuka oleh individu tidak dikenali itu dengan niat yang tidak baik memandangkan paip itu tidak boleh dibuka dari luar pagar.

Tambahan pula, jiran sebelahnya turun mengalami nasib yang sama di mana paipnya turut dibuka dengan air yang kuat.

Cemas dengan insiden, Sarah telah pun membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Perkongsian Sarah itu ternyata menimbulkan kerisauan ramai sehingga dikongsi lebih 11, 500 netizen. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");