Jenayah

Bunuh Abang Kerana Harta Pusaka

BUKIT MERTAJAM: Pertengkaran dua beradik mengenai pembahagian harta pusaka bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut.

Difahamkan mangsa meninggal dunia selepas dihentak adiknya menggunakan alat pemadam api kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad.

Dalam kejadian itu, adik mangsa, berusia 48 tahun dipercayai ke rumah abangnya, 59, di Kampung Sama Gagah, di sini, bagi membincangkan isu pembahagian harta pusaka.

Polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7. 50 pagi.

Mayat mangsa ditemui terbaring di luar rumah.

Pasukan perubatan mengesahkan mangsa maut tetapi punca kematian masih disiasat.

Adik mangsa turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");