Perak Hari Ini

Cabar Kewibawaan: Polis Ipoh Buru Suspek 2 Kejadian Khianat

Polis Daerah Ipoh menyifatkan kejadian kekecohan di Balai Polis Tanjong Rambutan serta kes kenderaan polis dibaling dengan ‘Malatov Cocktail’ seolah-olah mencabar kewibawaan pihak keselamatan menjalankan tugas bagi menangani jenayah.

Ketua Polis Daerah Ipoh,  Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang terlibat dengan kedua-dua kejadian terbabit dan akan mengambil tindakan tegas untuk mengheret pelaku jenayah berkenaan ke muka pengadilan.

“Baru-baru ini ada sekumpulan lelaki yang telah menimbulkan kekecohan serta merosakkan harta benda di balai polis Tg. Rambutan disebabkan tidak puas hati saspek terhadap mangsa kerana telah membuat laporan di balai polis berkenaan. Jadi bagi saya, kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan bagaimanapun seramai 49 orang individu akan diambil tindakan bagi kejadian ini.

“Satu lagi kejadian dimana rumah dan kenderaan anggota polis yang dibaling ‘Malatov Cocktail’ sehingga menyebabkan rumah mangsa terbakar. Untuk kejadian ini, kes disiasat dibawah Seksyen 435 kanun keseksaan.

“Sehubungan dengan dua kejadian ini, kita akan menggembleng tenaga untuk memburu suspek-suspek yang terlibat dengan perbuatan khianat berkenaan,” katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Polis Daerah Ipoh, disini, hari ini. 

Dalam pada itu, Sum menambah, beliau berpuashati dengan komitmen yang ditunjukkan anggota polis berikutan  penurunan kadar jenayah sebanyak 2.5% bagi bulan Januari hingga April tahun ini berbanding tahun lalu.

Menurut beliau, polis daerah itu telah berjaya membuat tangkapan yang melibatkan beberapa kes jenayah dimana ia terdiri daripada kes samun yang berlaku di kawasan Taman Perpaduan, Ulu Kinta dan Kampung Buntong dengan merampas barang-barang kes bernilai ribuan ringgit.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");