Perak Hari Ini

Cabaran Pendidik Masa Kini: Pelajar Lebih Percaya Internet Dari Guru

Guru-guru pada zaman kini berdepan dengan cabaran yang mencabar berikutan mereka bukan lagi menjadi sumber utama bagi pelajar-pelajar mendapatkan maklumat dan menimba ilmu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, guru-guru perlu memainkan peranan penting bagi mendidik pelajar mengenali apa yang benar atau salah.

“Ada dua jenis pendidikan yang perlu ada iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal dimana kedua-dua ini penting bagi melahirkan manusia.

“Asasnya pada dua ni jadi apa-apa pun kena tanya balik pada diri kita apakah tujuan pendidikan bagi saya pendidikan adalah untuk melahirkan manusia.

“Sebab itu kita berikan kedua-dua aspek ini, dan menjadi cabaran guru-guru di dunia digital lebih besar berbanding dahulu.

Ini kerana katanya, guru bukan lagi tempat rujukan 100% oleh anak murid tentang segalanya atau ilmu sebab itu mereka perlu lebih bersedia dari pelbagai aspek.

Jelas beliau lagi, di zaman teknologi ini perlu diakui bahawa pelajar lebih mempercayai maklumat yang diperoleh dari internet berbanding guru-guru mereka.

“Ini lah yang berlaku, teknologi menjadi sumber utama maklumat bagi pelajar-pelajar ini sebab itu guru perlu memainkan peranan untuk mendidik mereka mengenali antara yang benar dengan yang palsu.

Dunia sudah tidak tahu lagi membezakan kerana begitu taksub dengan teknologi,” katanya ketika berucap di Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Kangsar di SMK Clifford, disini hari ini.

Menerusi program itu, Zambry turut menyatakan bahawa daerah berkenaan telah melahirkan ramai tokoh-tokoh tersohor tanah air Negara.

Katanya lagi, di sekolah berkenaan sahaja boleh dikatakan lebih dari 5 tokoh yang dikagumi dalam bidang masing-masing telah dilahirkan.

“Siapa sangka sekolah seperti ini telah melahirkan manusia yg hebat.

“Kalau MCKK mungkin semua orang sudah tahu akan tetapi di sekolah ini antara yang hebat seperti Raja Tun Mohar Raja Badiozaman yang merupakan antara lagenda ekonomi Negara, Tun Mohamed Suffian yang pernah menjawat sebagai Ketua Hakim Negara dan Tun Sambathan iaitu seorang pejuang kemerdekaan di Negara kita,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");