Berita Hari Ini

Cabaran UMNO Dalam Ulang Tahun Ke-71 Mencapai TN50

LAHIRNYA UMNO pada 11hb Mei 1946, dan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpin yang pertama adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pandangan tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.

Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, kecenderungan masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Dalam menyambut ulang tahun ke-71, UMNO mempunyai cabaran yang besar dalam menyakinkan anak muda kepada masa depan yang lebih meyakinkan dan keterbukaan dikalangan anak muda, memahami inspirasi orang muda, kehendak orang muda, dan keperluan orang muda pada hari ini dalam mencapai TN50.
Sikap dan mentaliti dalam kalangan anak muda merupakan cabaran utama UMNO untuk mencapai TN50.
Kejayaan TN50 hanya akan terjawab sekiranya sikap dan mentaliti negatif dihakis dan diganti mentaliti yang positif bagi memacu negara mencapai status negara maju.

Sebagai anak muda, perlulah belajar bertolak ansur dan tidak terlalu mengikut emosi dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara kerana tidak semua anak muda akan memberi pandangan sama.

Jadi amatlah wajar bagi anak muda untuk menerapkan sikap suka berunding dan bersedia mendengar pandangan orang lain meskipun berbeza pandangan.

Anak muda diharapkan tidak sewenang-wenangnya menolak cadangan yang dilontarkan oleh kerajaan tanpa membuat kajian yang mendalam, kerana mentaliti yang seperti ini adalah mentaliti yang kurang cerdik.

Sikap bertolak ansur dan bersedia menerima pandangan merupakan satu tindakan yang bijak yang sedikit sebanyak dapat membantu memastikan TN50 dapat di capai.

Oleh itu, sebagai anak muda haruslah sentiasa memperbaiki diri dan akhlak sehinggakan dapat dicontohi oleh orang sekeliling.

Gagasan Transformasi Nasional 2050 ataupun TN50 dapat dicapai jika sikap yang baik dapat dipraktikkan oleh semua anak muda.

Berjayanya sesebuah negara terletak di tangan anak muda, marilah sama-sama membantu untuk mencapai Gagasan Transformasi Nasional 2050. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");