Isu Panas

Cameron Highlands Antara Kerusi Selamat MIC

KUALA LUMPUR: MIC yakin menang di tujuh kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14. MIC mengenal pasti beberapa ‘kerusi selamat’ di Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Kedah.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata Cameron Highlands juga antara ‘kerusi selamat’ parti itu. Katanya, kerusi milik MIC itu ketika ini disandang bekas presiden, G Palanivel.

“Cameron Highlands adalah kerusi tradisi MIC. Sebelum pilihan raya, banyak pihak akan memainkan banyak isu dan ia perkara biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Garis Panduan Pengambilan Nutrien (RNI) 2017 sempena Persidangan Kesihatan Awam Nutrisi Asia Tenggara.

Subramaniam mengulas dakwaan Presiden myPPP, M Kayveas yang memberi isyarat mahu bertanding di Parlimen Cameron Highlands atas alasan sebagai anak tempatan. Pada PRU13, MIC menang empat daripada sembilan kerusi Parlimen dan lima daripada 18 kerusi DUN.

Sementara itu, Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan berkata garis panduan RNI 2017 boleh mengekang peningkatan masalah kesihatan kronik seperti obesiti, kekurangan nutrien, jantung dan kencing manis.

“Panduan RNI menyediakan struktur piramid makanan baharu mengikut umur kanak-kanak di bawah sembilan tahun; remaja di bawah 18 tahun dan dewasa.

“Orang ramai disaran meningkatkan tambahan 5 peratus protein dan lemak daripada kadar biasa. Pengambilan karbohidrat dikurangkan kepada satu pertiga daripada jumlah hidangan,” katanya lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");