Sukan Hari Ini

Chelsea Sah Juara EPL

LONDON – Chelsea mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menundukkan West Bromwich Albion 1-0 di Stadium Hawthorns, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal 10 minit terakhir penyerang, Mitchy Batshuayi pada minit ke-82 meletakkan skuad bimbingan Antonio Conte itu gah meninggalkan Tottenham Hotspurs di tangga kedua dengan kelebihan 10 mata ketika perlawanan hanya berbaki dua perlawanan.

Dalam aksi di Hawthorns menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak mendominasi perlawanan namun disiplin tinggi yang ditunjukkan pertahanan The Baggies menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat babak pertama.

Tindakan Conte memasukkan Batshuayi dan Willian pada 20 minit terakhir berhasil apabila penyerang antarabangsa Belgium itu mudah menolak hantaran silang Cesar Azplicueta sekali gus memberikan kejuaraan sulung buat pengendali dari Itali itu dan trofi EPL keenam kelab London berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");