Isu Panas

Cuba PM Rasa Gaji RM1,500 Sebulan

SHAH ALAM: Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melontarkan cabaran kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjalani hidup dengan gaji RM1,500 sebulan.

Katanya, Najib hanya perlu mengambil masa sebulan sahaja bagi membuktikan kenyataannya bahawa kos sara hidup di Malaysia terendah dalam kalangan negara Asean.

Menurut Syed Saddiq, gaji RM1,500 itu dipilih berdasarkan purata pendapatan kebanyakan rakyat Malaysia.

“Cuba beliau hidup dengan gaji RM1,500 sebagaimana kebanyakan rakyat Malaysia, cuba berbelanja dengan gaji sebanyak itu… boleh hidup tak, senang tak?,” katanya,lapor Sinar Online.

Beliau ditemui pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat PPBM di sini, Selasa.

Syed Saddiq berkata demikian, susulan kenyataan Najib yang dipetik sebagai berkata, kos sara hidup di Malaysia adalah yang terendah dalam kalangan negara Asean mengikut kaji selidik kos sara hidup di seluruh dunia 2017 oleh Economist Intelligence Unit.

Jelas Najib, ia hasil daripada pelbagai usaha yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan beban kos sara hidup rakyat di negara ini.

Kaji selidik oleh Economist Intelligence Unit itu membandingkan harga barang dan perkhidmatan di 133 bandar raya seluruh dunia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");