Jenayah

Curi Telefon Bimbit Tapi Muka Tengok CCTV

Tindakan licik dua lelaki yang berpura-pura mahu menjual telefon bimbit sebelum mencuri sebuah telefon bimbit di sebuah kedai di jalan Race Road, Singapura pada Sabtu lalu terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam perbuatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira 10.40 malam itu, sumber yang mahu dikenali sebagai Alvin memberitahu portal Stomp bahawa kedua-dua suspek tersebut mencuri telefon bimbit model Oppo R9 milik salah seorang pekerja kedai berkenaan.

Menurut Alvin, mangsa tidak menyedari kehilangan telefon bimbitnya sehinggalah menonton rakaman CCTV.

“Dua lelaki itu pada mulanya datang ke kedai saya untuk cuba menjual telefon mereka. Salah seorang daripada suspek berbaju merah seolah berada di bawah pengaruh alkohol kerana percakapannya tidak jelas dan dia berjalan tidak betul. Mereka kemudian pergi selepas saya bagitahu yang saya tidak beli telefon terpakai.

“Mereka pergi ke kedai kawan saya (mangsa) dan berpura-pura menjual telefon terpakai. Sementara kawan saya tengah semak harga, mereka pergi ke kaunter dan mengambil telefon tersebut,” katanya memetik portal tersebut, hari ini.

Berdasarkan rakaman CCTV yang didedahkan oleh Alvin, kedua-dua suspek memakai baju hitam dan merah dilihat berada dalam kedai tersebut, di mana salah seorang daripada mereka duduk di atas kerusi.

Sementara, seorang lagi suspek memakai baju merah dan merokok cuba duduk di atas kerusi, tetapi terjatuh ke lantai, sekaligus membuktikan dakwaan Alvin bahawa suspek berada di bawah pengaruh alkohol berkemungkinan adalah benar.

Suspek berbaju merah kemudian menuju ke kaunter untuk bercakap dengan penjual bagi mengalih perhatian, sementara seorang lagi suspek memakai jaket berwarna hitam terus mengambil telefon bimbit yang berada di atas kaunter kaca dan memasukkan ke dalam poket seluarnya.

Mereka kemudian bergegas keluar dari kedai tersebut, namun salah seorang suspek sempat menoleh ke arah CCTV.

Berdasarkan semakan, harga telefon Oppo R9 bagi pasaran Malaysia adalah kira-kira RM2,113.- MalaysianDigest

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");